Selamat Datang/Welcome

PENCINTA KUCING ke dunia membeli belah untuk si COMEL anda

Pages

22 April 2012

Kucing Hanya Makan Sayur Saja

 
NORWICH, Britain Seekor kucing di sini menghairankan orang ramai selepas hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan organik, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing yang dinamakan Dante itu enggan menjamah makanan tradisi pemakanannya seperti ikan dan daging apabila ditemui oleh seorang wanita, Becky Page di tempat pembuangan sampah.
Menurut wanita itu, Dante yang berusia dua tahun gemar memakan tembikai, pisang, asparagus, brokoli, tauge dan isi ubi kentang mentah yang ditanam sendiri di kebunnya.

Pakar-pakar haiwan yang terkejut dengan tabiat pemakanan kucing itu mengesahkan kejadian seperti itu amat jarang berlaku tetapi gagal menerangkan punca fenomena tersebut terjadi.
“Saya belum pernah mendengar kucing yang tidak memakan daging. Haiwan itu tidak mungkin menjadi pemakan sayur,” kata pengarah sebuah pusat veterinar, Maggie Roberts. – Agensi

info kredit to: Bryannemo.com

© KatKraze On9 Petshop - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart