Tgh boring2 ni katkraze saje la dok jalan2 kt laman pakcik google...mencari2 info pasal si comel sekali terjumpa la satu artikel dalam blog yg comel & menarik...nak tau ape isinya.. jom kita baca
1) Mengiau dengan manja
|
Sambil golek2 gedik..meowwwww! |
Mengikut kajian,
kucing pandai memanipulasi suaranya untuk menyerupai suara bayi yang
merengek. Manusia normal secara semulajadi akan cepat merasa kasihan
apabila mendengar suara yang seakan-akan merayu-rayu ni. Tanpa
disedari kita akan cepat berasa kesian. Dalam kajian yang lebih
mendalam, frekuensi bunyi kucing ketika meminta sesuatu adalah sama
dengan frekuensi tangisan seorang bayi. Owh.. kita selalu tertipu dan
rela ditipu oleh budak-budak comel ni kan?
2) Menggesel-gesel kaki tuannya
|
Nak selit gak la kat sini.. cth gaya nak duduk dgn tuan!
Kucing kita sangat suka menggesel-gesel dekat kaki-kaki kita kan? Haa…
Tahu tak apa tujuannya? Hehehehe…. Tujuan utama ialah untuk menandakan
bahawasanya kita adalah hak miliknya. Its a kitty’s way of claiming you
as its property! Muahahahaha! Ini untuk memberitahu kucing-kucing lain
yang kita sudah ada ‘bos’.
3) Menjilat-jilat badan
|
Keja mandi je la dia! :D |
Selalu kita tengok kucing kita menjilat-jilat badan. Kadang-kadang
sampai berjam-jam. Bersungguh-sungguh betul sampai tak pedulikan orang
lain. Sebenarnya, menjilat badan ni adalah untuk membuang bau-bau yang
asing (termasuk bau tuan dia). Kucing mempunyai kelenjar-kelenjar di
bawah kulit yang akan merembeskan bau mereka sendiri apabila dijilat.
4) Membawa balik ‘barang’ ke rumah
|
Meh sini kau ikut aku balik..aku nk jadikan hadiah kt boss aku ... |
Teringat dulu masa kecik-kecik, kucing rumah kitorang bawak balik ulat
beluncas warna hijau pucuk pisang sebesar 3 jari! Terkejut beruk semua
orang! Kucing kitorang plak boleh wat muka
owh-silalah-ambil-susah-payah-saya-tangkap. Macam-macam dia bawak balik.
Belum kira tikus hidup letak atas badan lagi.. Sekarang barulah tahu
sebenarnya, sebab utama diorang bawak balik ‘hadiah-hadiah’ tu
sebenarnya kerana mereka nak ajar kita cara memburu. Kucing-kucing ni
ingat kita tak pandai memburu untuk cari makan. Cuba tengok anak-anak
harimau dalam discovery channel. Pelajaran pertama mak harimau ajar
dekat anak dia yerlah cara memakan binatang buruan. Betul tak?
Jeng-jeng-jeng! Jadi, lainkali kucing kita bawak ‘hadiah’ kat kita,
sebenarnya dier nak cakap “Ada beran?!!”
|
|
0 comments:
Post a Comment