NORWICH, Britain – Seekor kucing di sini
menghairankan orang ramai selepas hanya makan sayur-sayuran dan
buah-buahan organik, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing yang dinamakan Dante itu enggan
menjamah makanan tradisi pemakanannya seperti ikan dan daging apabila
ditemui oleh seorang wanita, Becky Page di tempat pembuangan sampah.
Menurut wanita itu, Dante yang berusia dua tahun gemar memakan tembikai, pisang, asparagus, brokoli, tauge dan isi ubi kentang mentah yang ditanam sendiri di kebunnya.
Pakar-pakar haiwan yang terkejut dengan
tabiat pemakanan kucing itu mengesahkan kejadian seperti itu amat jarang
berlaku tetapi gagal menerangkan punca fenomena tersebut terjadi.
“Saya belum pernah mendengar kucing yang
tidak memakan daging. Haiwan itu tidak mungkin menjadi pemakan sayur,”
kata pengarah sebuah pusat veterinar, Maggie Roberts. – Agensi
info kredit to: Bryannemo.com